Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

LOMBOK – DAY 1: SENARU

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami pun sampai di Senaru. Bukak mata dengan mamai2 terpisat2 tengok kami dah ada depan Rudy Trekker.

Rudy Trekker di Senaru
Terus la proceed dengan registration. Tengok staf2 kat Rudy semua rupanya muda2 belaka – around 20s to 30s. Bosnya yang nama Rudy pun ada. Sembang semua spiking okeh – dasat orang Lombok.
Koh sedang mendaftar dengan tekun
Item to bring n Rinjani trekking map
Sementara menunggu ada lagi 2 orang Msian sampai seblom kami diberi briefing, kami dihidang kopi Lombok.

Wajah yang keletihan namun teruja bila mendapat kopi
Anyway nak habaq mai.. Layanan diorang ni memang first class la. Dari mula pick up kami tadi memang staf2 Rudy ni bagi servis memang terbaek. Cakap dengan kami pun sopan and hormat je. Kira berubah sikit impression Kak Kiah pasal orang Lombok ni. Insiden kat airport and Kuta Beach tadi actually buat Kak Kiah pikir orang Lombok ni macam kasar n agresif, with third class mentality mintak maaf cakap la.. Tapi bila kat Rudy, tengok cara diorang hormat kita tu macam kita ni tuan dia. Seboleh2 akan buat kita rasa happy and comfortable dengan servis diorang. Pastu attitude masa bekerja tu memang Kak Kiah respek la. Dari tukang jawab email, tukang pick up, driver, staf di kaunter semuanya memang pro. Bila tengok buku registration tu tengok kebanyakan climbers memang dari obersee – Germany, US, Switz, Japan n banyak lagi negara. Dengan cara bekerja yang pro macam ni, no wonder la Rudy Trekker ni selalu dapat pujian n recommendation kat internet.

Tengah syiok2 melayan kopi, Kak Kiah perasan staf2 Rudy asek pandang n senyum2. Rupanya diorang cakap rupa Kak Kiah sama dengan wife si Rudy tu. Haha gelak Kak Kiah. Patut la Rudy tu pandang semacam je. Pastu layan kami lain macam punya mesra. Asek la dok cakap rupa Kak Kiah sama cam wife dia. Cuak jugak Kak Kiah sebenarnya. Ye la mana tau kang tak balik Mesia kang ahaha..

Me n Rudy - showing off dolars.. haha sbnrnya Kak Kiah jakun sebab first time pegang US dolar
Tak lama lepas tu sampai la 2 orang lagi dari Msia. Both dari Penang. Mirat & Zaidi namanya. So setakat ni grup kami ada 6 orang. Tapi according to Rudy akan ada lagi 2 orang dari Msia lagi yang akan join kami, cuma diorang akan sampai lambat sket. Jadi esok ni kami ada 8 orang la semua sekali.

So kami pun diberi briefing lebih kurang untuk trekking esok. Basically apa nak kena bawak, route mana, berapa lama etc. Masa briefing tu tengok yang lain ni rilek je, macam konpiden je.. Kak Kiah je yang dok risau sebab condition kaki yang semakin teruk ni.

Me, Rudy, Koh & Wawan (driver yang bawak kami ke Senaru)
Setel briefing kami pun terus check in di Pondok Senaru Village – yang terletak dekat je ngan Rudy Trekker.

Antok & Wawan mengangkut anak2 tapir kami
Check in di Pondok Senaru Village
Masa ni jam dah pun nak kul 5pm. Kami ingat nak ke Sindang Gile Waterfall yang berdekatan. Tapi diorang dah remind kami jangan lewat sangat sebab sini kul 6pm dah gelap dah. 

Apapun ni lah rupa bilik kami. Ok la selesa untuk tido 1 malam.

Not bad huh..

Luas dan selesa
Ada tv
My bed - sebelah tu ada fridge
Rinjani dari jauh... Makkk.. seremmm..

Lepas Kak Kiah setel solat, kami pun bersiap untuk melawat salah satu tarikan utama di Senaru ni.

To be continued...

Yorum Gönder

0 Yorumlar